GRUNGE!!!!

GRUNGE…… apa itu GRUNGE? Ada Apa dengan Grunge? Apa kejadahnyer GRUNGE nih???!!!!!

Dah lama aku x mengarut tentang GRUNGE…. sejak biler eks….2002. Itula last aku giat dengan GRUNGE. Bukan dah x minat. X berkesempatan pon. Sibuk ngan study aku.

GRUNGE adalah sejenis muzik yang menggabungkan muzik ROCK ‘N’ ROLL & PUNK ROCK. Itulah muzik KURT COBAIN  yang korang dok sanjung tuh. Tapi sebenar-benarnya GRUNGE ini adalah sebuah muzik yang dibunyikan dengan bunyi nyaring (sakit telinga) ataupun muzik ringkas (cool, aku suka jenis ni. Dengar la lagu SAPPY - NIRVANA). Lirik juga mempeganruhi dalam muzik GRUNGE. Lirik GRUNGE  juga lebih gemar menceritakan tentang diri sendiri, rakan-rakan, kehidupan, kejadian dan bende-bende pelik lagi memelikkan.

Kalau korang nak dengar muzik grunge sebenar, dengarlah saper ek…. band Seattle la, yang sebelom Nirvana macam Sonic Youth, Soundgarden, Pearl Jam, Mudhoney, Neil Young dan lain-lain la. Carik la sendiri. Tapi Soundgarden tu bercampur-campur la. Tapi bolehla… Neil Young best!!!! dengarla!!!!

GRUNGE sebuah irama yang berpengaruh dan mula berkembang di Seattle pada awal 90-an berbanding dengan slick komersial yang diterbitkan oleh MTV sedekad yang lalu. Muzik Grunge menitik beratkan ketraampilan dan teknik yang canggih yang melahirkan lagu-lagu yang kasar, marah dan penuh perasaan yang menggambarkan perasaan tidak puas hati dan kebimbangan.

Hahahahaha….new comers selalu tanya tentang PRINSIP GRUNGE. What prinsip korang nak???? Pelik… X kisah la join ape bender pon, mesti tanya bender tu. Prinsip ni bersepah..lain tempat, lain orang, lain la prinsip yang diberi. Sebenarnyer prinsip ni direka jer oleh sekumpulan atau individu yang …. entah la. Aku pon x tau nak kata aper. Giler kuasa, nama, pengaruh….entahla. Bukan dapat ape pon. x mewahkan hidop ko pon.

Prinsip-prinsip ni lah merosakkan korang semua. So untuk pengetahuan korang, GRUNGE is a music. Prinsip ni dibuat setelah sekumpulan orang berkumpul dan telah menjadikan sebuah budaya utk diikuti oleh ahli-ahlinya. Itu saja. Tapi kebanyakkan prinsip ni mesti ade DRUG, SEX AND ROCK N ROLL. Tahu kenapa….kerana Kurt cobain adalah penagih dadah yang bermasalah, hadapi kesulitan dalam sex dan penggiat muzik ROCK N ROLL. Pelikkan….betul ker Kurt pegang bende ni.,…..

Setahu aku, Kurt hanya pegang tiga bende dalam hidup dier PEACE, LOVE AND EMPATHY. Aku syor korang ikut ini. 3 bende ni memang berfaedah dari DRUG, SEX AND ROCK N ROLL. X percaya kata aku…kaji la sendiri. aku ngan member aku Khairi, skang dah jadi player bola PKNS dah, dah lama kaji bender ni. Korang jangan suka-suka jer!!!!!!!! ROSAK GRUNGE!!!!!!

Aku pon x tau sejauh mana perkembangan GRUNGE skang nih. Banyak betol kaum-kaum dier. Aku pon x tau ape dah jadi. Kalau korang ingat lagi zine "SREGNURG Zine", itulah aku ngan Khairi, sekitar tahun bila eks….2000-02. Hahahahaha… tinggal kenangan semua tu. Kami dah sibuk dengan hal masing-masing.

Kalau ader Gigs, bagitau la aku. Lama x gi. dah kureng dah pon. Asal nak gi ader jer bender nak kena buat. Tension!!!!!!!!!!!!!! argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! So…… jalan memang ader banyak. Kita pilih sendiri. YAA!!! HAA!!!

35242120_1

One Response to “GRUNGE!!!!”

  1. XcputX Says:

    adoiiiii…byk gak tau ek psl grunge..tak tau pn pap ni grunge upenye..skank dh tau..gitar selamat ma…time tensen petiklah bio pn sumbang..kikikiki…

Leave a Reply